| |
|
Lars Døssing Rosenmeier - Denmark
x8lars@hotmail.com
Keterangan pribadi saya: Nama: Lars Dossing Rosenmeier dilahirkan 1982 kerakyatan
Danish
Saya belajar dengan Ghazwan selama 3 bulan dalam musim bunga tahun 2004. Ghazwan membantu saya belajar untuk peperiksaan dalam sastera Arab modern di Universiti Copenhagen. Beliau seorang guru yang cemerlang sungguh berdedikasi dan sabar. Penguasaannya dalam Bahasa Arab dan cara beliau menyampaikan kepada pelajar asing sangat baik. Saya sudah pun menguasai asas bahasa Arab tetapi beliau telah menambahkan pengetahuan saya dalam struktur ayat-ayat dan nahu Arab. Lagi pula saya rasa lebih baik dari segi penyebutan dan bacaan saya. Sebutan dan bacaan saya yang asalnya lemah telah meningkat sehingga guru saya di universiti memberi pujian terbaik untuk saya. Dalam peperiksaan tahun itu saya dapat markah yang tertinggi dan saya berterima kasih kepada Ghazwan kerana cara pengarannya yang sangat baik.
Salam sejahtera
Lars
Peace,
Lars
|
Susan Morgan - The United Kingdom
suemorgan47@hotmail.com
“sebagai seorang wanita yang tinggal sendirian di
Damascus saya rasa sangat selamat sebab saya sentiasa
dilayan dengan hormat dan mesra. Ghazwan Al Ahmed sangat
professional, sabar dan sentiasa bersedia untuk membantu
bila diperlukan. Beliau seorang
guru yang mahir dan prihatin terhadap apa jua keperluan
saya sebagai pelajar. Ini membuat pelajarannya sangat
seronok dan akhirnya saya tinggalkan Damascus dengan
merasa puas dengan pencapaian saya.
Susan
UK
|
Anselm Ibing - Germany
Anselm33@hotmail.com
Saya rasa susah hendak menemui seorang guru yang
lebih baik, lebih sedia membantu dan lebih murah hati
dari Ghazwan (dan saya dah ada ramai guru Bahasa Arab!)
Selain dari mutu pengajarannya yang cemerlang, beliau
seorang yang unik dan menarik hati dan saya rasa seronok
bila berdamping dengannya.
Beliau memberi saya pengalaman yang mendalam untuk
meneroka rahsia dan keunikan nahu dan tatabahasa Bahasa
Arab sehingga saya terpesona dengan pengetahuannya yang
luas dalam menerangkan perkataan-perkataan Arab.
Selain dari itu beliau merupakan seorang yang sangat
jujur dan walaupun beliau terpaksa menempuh berbagai
kesusahan dan masaalah kerana saya, saya sangat gembira
yang kita masih kawan baik.
Terima kasih Ghazwan.
Anselm Ibing
Germany
|
Tom Johnson - USA
Johnson@techemail.com
Saya tiba di Syria tanpa sebarang pengetahuan dalam
Bahasa Arab. “To Learn Arabic” memberikan khidmat yang
sangat berharga bukan sahaja dalam pelajaran Bahasa
Arab, tetapi juga dalam penyesuaian hidup saya di Timur
Tengah.
Tom
USA – Texas
|
|
Jennifer Smith - USA
Ghazwan merupakan guru bahasa saya yang terbaik.
Beliau sungguh berpengetahuan dalam Bahasa Arab dan
mempunyai kemahiran menyampaikan Bahasa Arab kepada
orang asing.
Jennifer
USA |
| |
| |
| |
| |