|
|
|
Kursus Bahasa Arab Kami
Kursus kami boleh diatur untuk seorang atau lebih tergantung
kepada kemahuan pelajar. Kami memilih
1 - Tatabahasa – Al Nahw Al Wadih, - Addoros Annahwyah – Sharh
ibn Akil dan buku-buku lain.
2 - Bacaan: Sekiranya pelajar tidak cadangkan sebarang buku,
kami akan memilih beberapa buku cerpen yang mengandungi
tajuk-tajuk yang baik dan kaya dengan vokabulari yang dapat
dipraktikkan seperti – Adalatu Assama’a (keadilan Ilahi) – Al
Hayatul Yaomah (kehidupan seharian) – Tadabirul Kadar (
Ketentuan Kadar) – Kasasun nabiyn ( kisah nabi-nabi) , dan
kita akan pertimbangkan buku-buku sirah bagi mereka yang
berminat.
3 - Penulisan: setelah empat minggu mendapat bimbingan,
pelajar-pelajar biasanya dah boleh menulis rencana pendek
sebagai tugasan, dan melalui pelajaran selanjutnya kami akan
baca dan baiki hasil tulisan mereka supaya mereka dapat
mempelajari dari kesilapan mereka dan dapat meningkatkan
kebolehanya dalam mengarang dan mengemukakan pendapatnya.
4 – Perbualan: Kami telah sediakan buku-buku kecil yang
menyentuh kehidupan seharian, tetapi setiap pelajar harus
menyediakan tajuk-tajuk utama sendiri mengikut minatnya dan
ini dapat diterapkan dalam perbualan kami.
5 - Sarf: Kami mengutamakan sarf sebab kami dapati pelajar
biasanya mengambil masa yang lama untuk menggunakan kemahiran
ini dalam perbualan.
|
|