Mengenai Kami
Salam dari Damsyik.
Kami adalah guru-guru keturunan Arab yang mengajar Bahasa Arab Klasik dan Baku.
Kebanyakan dari kami telah lama mengajar Bahasa Arab sejak lulus dari
universiti. Kami kemudian menjalani latihan mengajar Bahasa Arab dan lain-lain
bahasa untuk memahami lojik bahasa pelajar, dan ini membantu kami memahami
kekuatan dan kelemahan pelajar.
Ada di antara kami yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik
(Ghazwan Al Ahmed) dan ada yang boleh berbahasa Perancis, Parsi dan Turki.
Matlamat kami adalah untuk mengkayakan pengetahuan kami dalam bahasa dengan
mempelajari asas tatabahasa asing seperti Bahasa Belanda dan Sepanyol. Kami
seronok mengajar Bahasa Arab kepada pelajar-pelajar asing dari pelbagai negara
kerana Bahasa Arab susah dan mencabar.
Kami lebih dikenali sebagai guru-guru yang peramah dan sabar, memahami
kemampuan dan kemahuan pelajar, dan yang paling utama kami guru Bahasa Arab
yang sangat bertauliah.
Kami sangat bangga dapat menghasilkan ramai pelajar-pelajar di seluruh dunia
yang boleh bertutur dalam Bahasa arab dengan fasih. Mereka datang dari pelbagai
negara dan pulang dengan Bahasa Arab yang menakjubkan.
|